Media kerajaan melaporkan, beberapa buah kereta dan kedai berhampiran turut musnah dalam letupan di kawasan komersial di sebuah bandar di kawasan mazhab minoriti Alawiyah, yang merupakan tempat asal Presiden Bashar al Assad.

Pegawai perubatan kanan Ghassan Findi berkata, angka kematian dijangka meningkat dengan operasi menyelamat masih diteruskan dan puluhan mangsa yang cedera masih dikejarkan ke hospital berhampiran. - REUTERS