Menurut sumber, kesemua suspek yang dipercayai berusia antara 17 hingga 25 tahun itu ditahan di sekitar Paris dan tenggara Perancis.

Difahamkan, penahanan itu merupakan sebahagian daripada proses siasatan yang dijalankan terhadap aktivis berhaluan kanan yang juga bekas anggota militan yang ditahan Jun lalu, Logan Alexandre Nisin. - AFP