Namun sehingga kini, masih belum diketahui berapa ramai kakitangan awam yang terperangkap dalam bangunan tersebut ketika pertempuran antara anggota keselamatan dan militan.

“Sehingga kini 10 mayat telah dijumpai dan dibawa ke hospital tempatan. 10 lagi turut cedera,” kata jurucakap gabenor wilayah berkenaan, Attaullah Khogyani dalam kenyataan dikeluarkan. - AFP