Ahli Parlimen Izeh, Hedayatollah Khademi berkata, dua orang ditembak mati di bandar berkenaan.

“Penduduk Izeh, seperti mana bandar lain turut mengadakan bantahan berhubung masalah ekonomi, namun malangnya ia mencetuskan pembunuhan dan mencederakan beberapa yang lain,” kata Hedayatollah.

Sementara itu, stesen penyiar tempatan melaporkan, dua lagi maut di pekan barat kecil di Dorud apabila dilanggar jentera bomba yang dicuri oleh petunjuk perasaan. - REUTERS