Mereka menegaskan bahawa EU perlu melakukan sesuatu untuk mengehadkan perubahan iklim yang disebabkan oleh pembebasan gas rumah hijau dan menyumbang kepada kemarau, pencairan glasier, peningkatan paras air laut dan banjir.

Kesemua plaintif yang hadir di Mahkamah Keadilan Eropah adalah merupakan keluarga yang tinggal berdekatan pesisiran pantai, memiliki hutan di Portugal serta tinggal di kawasan bukit dan dapat melihat pencairan glasier.

“Mereka terkesan dengan perubahan iklim dan mahu EU melindungi mereka kerana jika tidak, kerosakan yang sudah ditanggung akan bertukar menjadi bencana,” kata peguam, Roda Verheyen.

Saman tersebut merupakan yang pertama seumpamanya difailkan terhadap EU. - AFP