Letupan berlaku sekitar pukul 5.30 pagi waktu tempatan di tapak yang dimiliki oleh kumpulan Bayernoil berdekatan bandar Ingolstadt, di tebing Sungai Danube.

Stesen penyiar awam, Bayerischer Rundfunk melaporkan gegaran akibat letupan terbabit boleh dirasai sejauh beberapa kilometer.

Menurut polis dalam satu kenyataan dikeluarkan, tiga mangsa mengalami ‘kecederaan sederhana atau serius’. - AFP