Lapor BBC, suspek dipercayai memasang kamera mini di televisyen, pemegang pengering rambut dan soket.

Kesemua mereka didakwa memperoleh pendapatan sebanyak AS$6,200 (RM25,178).

Menurut polis, suspek memasang lensa kamera bersaiz 1 milimeter pada Ogos tahun lalu di 30 hotel berasingan di 10 buah bandar negara ini.

Sekiranya didapati bersalah, mereka bakal berdepan hukuman penjara selama 10 tahun dan denda sebanyak AS$26,571 (RM107,904).