Kebakaran dilaporkan bermula sekitar 20 kilometer di timur wilayah Okanagan di komuniti kediaman Joe Rich, berhampiran Kelowna.

Ketua Pegawai Maklumat Kebakaran Hutan British Columbia, Kevin Skrepnek berkata, angin kencang menyukarkan usaha memadamkan kebakaran yang dipercayai berpunca akibat perbuatan manusia.-AFP