Jurucakap Kementerian Luar Turki, Selçuk Unal berkata, jumlah pelarian Syria yang berada di negara ini telah meningkat kepada 14,700 orang, termasuk tujuh pegawai tentera berpangkat jeneral.

Pegawai Turki yang berpangkalan di sempadan memindahkan kira-kira 1,000 pelarian ke kawasan berdekatan Gaziantep dan Kilis, yang menempatkan kem tambahan kepada beribu-ribu pelarian Syria sepanjang bulan lalu. - AFP