Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, kejadian berlaku pada pukul 1 petang namun kesesakan masih berterusan sehingga kini.

“Kejadian itu mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk sepanjang 10 kilometer dari Sunway.

“Pada pukul 8 malam tadi, dua trak tunda telah tiba di lokasi dan dianggarkan proses pengalihan mesin cerucuk ini akan berlangsung selama satu jam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Kumpulan Litrak dalam satu kenyataan memohon maaf memohon maaf kepada pengguna LDP yang terlibat dalam kesesakan yang terjadi dan kerja-kerja pengalihan yang dijalankan mengambil masa berikutan kekangan berat muatan tersebut.

"Akibat daripada kejadian ini, trafik dari arah Puchong Jaya, Bukit Jalil dan Bandar Sunway terjejas, dan mengakibatkan kesesakan.

"Sebahagian daripada tindakan awal dan faktor keselamatan, kami telah menutup laluan utama dari Puchong Jaya ke Putrajaya. Sila ambil maklum bahawa trafik dilencongkan ke jalan susur menghala ke Pusat Bandar Puchong," ujarnya.