Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, lokasi bazar ramadan itu bermula dari lampu isyarat persimpangan Jalan Gereja sehingga lampu isyarat persimpangan Leboh Pasar Besar yang merangkumi sepanjang 0.2 kilometer dan selebar 12 meter.

“Jalan Raja tidak akan ditutup dan kenderaan awam masih boleh melaluinya sepanjang bazar beroperasi.Bagi kawalan keselamatan anggota penguat kuasa dan polis juga akan ditempatkan di lokasi selain beberapa kemudahan seperti tandas bergerak turut disediakan.

“Bagaimanapunn, bazar ini hanya melibatkan perniagaan pakaian, perhiasan, aksesori diri dan makanan kering berbungkus,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE