Tujuh rumah kebajikan itu ialah Rumah Amal Limpahan Kasih, Pusat Jagaan Kanak-kanak Yatim dan Miskin Rukaiyah, Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Al- Nasuha, Bait Al-Hasanah, Madrasah Tahfiz Baitul Mahabbah serta Pusat Perlindungan Mualaf Baitul Salam.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin berkata, majlis itu dianjurkan untuk memberi peluang kepada golongan kurang bernasib baik merasai kemeriahan Ramadan.

“Kami juga amat berbesar hati menerima kehadiran lebih 150 orang anak yatim, ibu tunggal dan mualaf berharap majlis berbuka puasa ini akan menjadi antara detik bermakna buat mereka,” katanya dalam majlis itu di sini, malam ini.

Yang turut hadir ialah ibu SM Nasarudin, Puan Sri Zaleha Ismail dan isterinya, Marion Caunter Abdullah.

Dalam majlis berkenaan, Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin turut menghulurkan sumbangan berjumlah RM110,000 yang mana setiap rumah kebajikan masing-masing menerima RM5,000. - UTUSAN ONLINE