Ibu kepada tiga anak yang ke­semuanya sudah dewasa itu amat bersyukur kerana sumbangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin itu seolah-olah memberi sinar baharu dalam kehidupannya.

“Saya bersyukur kerana kerusi roda ini memudahkan saya ber­gerak. Sebelum ini, saya terpaksa bergantung kepada tongkat yang dibeli anak saya.

“Permohonan untuk mendapatkan bantuan kerusi roda ini sudah lama saya pohon dari pelbagai pihak. Alhamdulilah, kali ini berjaya dan saya rasa sangat gembira,” katanya keti­ka ditemui dalam Majlis Penyampaian Bantuan Asnaf/Bantuan Pelajaran Pejabat ADUN Manjoi dan Yayasan Kebajikan Ne­gara di Surau Ihsaniah, Kampung Sungai Tapah Tambahan, di sini kelmarin.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara, Datuk Rafek Reshidullah.

Selain Puteh Hamsiah, Moha­mad Ziad turut menyampaikan bantuan kerusi roda kepada Kho­lijah Din serta bantuan makanan kepada lima penerima lain.