Warga emas sakit mental hilang
 

Menurut Darwina Abd. Rahman, 29, ibu saudaranya, Faridah Yaakob, 65, mengalami skizofrenia dan didapati hilang pada pukul 3.30 petang, 15 Jun lalu.

“Ketika hilang, dia memakai baju kurung berwarna coklat dengan corak bunga-bunga kecil.

“Selepas kami sedari kehilangan makcik, kami sekeluarga cuba mencarinya di kawasan sekitar termasuk di hospital namun gagal ditemukan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Darwina, laporan polis telah dibuat sehari selepas kehilangan warga emas terbabit.

“Kami risaukan keselamatan makcik kerana masalah kesihatannya yang mungkin membuatkan dia lupa untuk balik ke rumah.

“Sesiapa yang terjumpa atau mempunyai sebarang maklumat mengenai ibu saudara saya boleh menghubungi di talian 03-62517263/016-9743454/016-2932955 atau mana-mana balai polis terdekat,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE