Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Warga emas cekal jaga anak leukemia, OKU

YUSRA ISMAIL di samping Mohd. Fairus yang menghidap penyakit leukemia
YUSRA ISMAIL di samping Mohd. Fairus yang menghidap penyakit leukemia di rumahnya di Lorong Wanita, Pontian, Johor, semalam. UTUSAN/MUHAMMAD ZIKRI

PONTIAN 27 Dis. – Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Itu perumpamaan kehidupan yang terpaksa ditempuh se­orang warga emas dalam m­en­­jaga dua anaknya yang menghidap leukemia dan orang kurang upaya (OKU).

Yusra Ismail, 65, terpaksa berhenti kerja sebagai pengawal keselamatan sebelum ini di Johor Bahru untuk menjaga Mohd. Fairus, 21, yang me­nghidap leukemia sejak setahun lalu.

Begitu juga dia terpaksa menjaga anak OKU, Nor Adila, 16, selain dua lagi anak yang masih belajar di tingkatan tiga dan tingkatan satu.

“Mohd. Fairus adalah anak ketiga daripada tujuh beradik, awalnya hanya menghidap de­mam biasa tetapi lama ke­lamaan terpaksa dirujuk ke hospital bagi mendapatkan ra­watan lanjut.

“Saya terpaksa berhenti kerja kerana kerap menghantarnya ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Lorong Wanita, di sini, baru-baru ini.

Yusra menghantar Mohd. Fairus ke HSA dengan me­nunggang motosikal bagi men­jimatkan perbelanjaan selain bagi mengelakkan terkandas dalam kesesakan lalu lintas.

“Sebagai ayah, saya sanggup berkorban untuk Mohd. Fairus demi kesihatannya walaupun saya terpaksa kehilangan pe­­­­ker­jaan bagi menjana pendapatan,” ujarnya.

Yusra juga perlu membayar sewa rumah RM200 sebulan dan menampung perbelanjaan seharian walaupun kini tidak lagi mempunyai sumber pen­dapatan.

Sementara itu, isterinya, Jam­nipah Marijo berkata, wa­­laupun anak-anak lain mem­bantu tetapi mereka juga ber­keluarga dan mempunyai tang­gungjawab terhadap ke­luar­ga masing-masing.

Dia berharap, ada pihak dapat membantu meringankan beban kehidupan keluarganya ketika ini terutama perbelanjaan ra­watan Mohd. Fairus yang kerap ke HSA.

“Walaupun apa juga kesu­karan dan kesusahan ketika ini, saya ingin melihat Mohd. Fairus kembali sihat dan dapat menjalani kehidupan seperti ma­na remaja lain,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain