Sumbangan tersebut diserahkan oleh Pengurus Komunikasi Korporat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad Nik Anura Nik Abdul Rahman kepada ibu kanak-kanak berkenaan Wan Norizah Wan Seman, 31.

Yang turut hadir, Ketua Biro Utusan Malaysia Kelantan Azran Fitri Rahim dan wakil Kelab Kebajikan dan Sukarelawan Sosial (Kelss).

Sebanyak RM5,000 telah disumbangkan bagi menampung sebahagian daripada kos pembedahan kanak-kanak berkenaan.

Kos pembedahan kanak-kanak berkenaan dianggarkan berjumlah RM160,000.

Orang ramai yang ingin membantu Nur Medina boleh menyalurkan sumbangan ke akaun CIMB atas nama Kelab Kebajikan dan Sukarelawan Sosial 8602-4983-68 yang telah dilantik oleh keluarga berkenaan untuk mengumpul dana -UTUSAN ONLINE