Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Datuk Hussamuddin Yaacob berkata, program itu dianjurkan sempena World Quran Hour.

Beliau yang juga Pengasas Kumpulan Karangkraf berkata, program itu bertujuan menggalakkan umat Islam membaca, memahami serta menghayati al-Quran selain mengadakan interaksi atau perbincangan mengenainya serta menjadikan kitab suci itu sebagai panduan dalam kehidupan seharian mereka.

"Program ini akan menggalakkan umat Islam lebih mengenali dan mendekati Quran. Dengan ini kita boleh melahirkan umat Islam yang baik dan ia akan diterjemahkan dalam akhlaknya. Ini akan membuka mata orang bukan Islam bahawa Islam itu indah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau sebelum itu menghadiri taklimat persiapan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017 di Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini hari ini.

Beliau berkata, program yang diadakan sejak tiga tahun lalu mendapat sambutan yang mengalakkan daripada umat Islam negara ini. - BERNAMA