Video Media Sosial

Rata-rata netizen mengutuk tindakan lelaki itu yang dilihat sebagai dayus dan keterlaluan.

“Tinggalkan sahajalah lelaki macam itu. Apa guna ada suami kalau buat seksa diri sendiri,” tulis Nadia Adiela di ruangan komen.

Terdapat juga netizen yang mempersoalkan mengapa mangsa tidak membuat laporan polis walaupun dipukul suaminya.

“Tapi kenapa lah si bini tak mengadu pada polis malah masih nak lindung lelaki dayus itu,” soal seorang lagi pengguna akaun Facebook, Reena Jeff.

Video yang berdurasi 3.33 minit itu menyaksikan lelaki yang berbaju biru tersebut dikerumuni orang ramai yang cuba meleraikan insiden itu.

Dalam masa sama, seorang lelaki berjaket hitam yang turut menyaksikan insiden tersebut mempersoalkan tindakan pelaku itu.

“Bukan masalah kesilapan, kesilapan pada abang sendiri. Sepatutnya abang sebagai suami, tak boleh naik tangan tau.

“Saya jahat juga, tapi bini, saya tak pernah pukul,” katanya.

Video yang tular sejak semalam itu dirakam dan dikongsikan oleh seorang lelaki yang menggunakan nama Ram Don di Facebook sehingga menerima lebih daripada 700,000 pelayar. – UTUSAN ONLINE