Muhamad Fariz dari Kampung Permatang Bonggor, Simpang Empat di sini terpaksa melalui hari-harinya tidak seperti kanak-kanak lain selepas menderita penyakit lebihan cecair dalam kepala atau lebih sinonim de­ngan penyakit kepala besar yang dihidapinya sejak dari lahir.

Malah, setiap tahun, kanak-kanak tersebut terpaksa ber­ulang-alik beberapa kali bersama ibu bapanya ke hospital di Alor Setar, Kedah untuk membuang lebihan cecair di dalam kepalanya itu.

Ibu kanak-kanak berkenaan, Nor Zainab Jamaluddin, 23, ber­kata, selepas bersalin, dia mendapati kepala anaknya itu mula membesar dengan semakin hari keadaan bertambah teruk.

Katanya, berikutan itu, dia dan suami terpaksa berulang-alik ke hospital melakukan pe­meriksaan terhadap satu-satu­nya anak lelaki mereka itu.

“Muhamad Fariz hanya mam­pu terbaring dan tidak boleh menikmati makanan lain selain nestum dan susu. Selain itu, Muhamad Fariz juga mengalami masalah gangguan saraf tunjang menyebabkan dia langsung tidak boleh bergerak.

“Hati ibu mana tidak sayu dan luluh melihat keadaan Muhamad Fariz yang hidup dalam keadaan serba terbatas dan meng­hadapi kesukaran,” kata­nya ibu kepada empat orang anak itu ketika ditemui di sini semalam.

Sementara itu, bapa kanak-kanak berkenaan, Shahrul Hai­­zat Azmi, 23, pula berkata, dia tidak mampu me­nyediakan kemu­dahan lain seperti kerusi roda dan susu untuk pembesaran anak­nya itu kerana tidak mampu.

Pihak yang i­ngin menghulurkan ban­tuan bagi meri­ngankan beban Muhamad Fariz boleh memasukkan sumbangan dalam akaun Bank Simpanan Na­­sional (BSN) bernombor 09128-41-00005024-0 atas na­ma Nor Zainab.