Kunjungan yang diadakan di kediaman arwah di Kampung Chekok, Dalam Kerawat, Pulai Condong itu telah dihadiri oleh Pengarah Tabung Haji negeri, Wahyudin Tamami.

Menurut Wahyudin, Mohd. Yusof ialah salah seorang daripada empat jemaah haji di negeri ini yang meninggal dunia di Tanah Suci.

"Kami dari pihak Tabung Haji merakamkan takziah kepada keluarga arwah dan berdoa agar rohnya dicucuri rahmat serta mendapat keampunan Allah S.W.T.

"Sempena program ziarah ini, Tabung Haji juga telah mengadakan maj­lis tahlil bersama-sama wa­ris arwah,"katanya di sini hari ini.

Pada majlis itu, Wahyudin turut menyampaikan sumbangan khairat kematian, air zam zam dan kurma kepada isteri Allahyarham, Che Anisah Mat Yaacob,53.

Sementara itu, Che Anisah berkata, meskipun terasa kehilangan namun mereka sekeluarga reda dengan pemergian arwah.

"Sebelum ini berangkat ke sana, saya pernah mengajak arwah untuk ke hospital kerana masalah jantungnya yang agak merosot.

"Walau bagaimanapun, arwah menolak untuk ke hospital dan arwah pernah meluahkan hasrat ingin meninggal di Tanah Suci,"katanya. -UTUSAN ONLINE