Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zafri Ab. Halim berkata, program yang mendapat kerjasama Islamic Aid Malaysia (IAM) itu akan menjelajah ke lapan lokasi terpilih di seluruh negara.

 Menurutnya, seramai 1,600 murid kurang berkemampuan bakal menerima manfaat tersebut sebelum memulakan sesi persekolahan nanti.

 "Kelantan merupakan destinasi kedua selepas Sabah. Selepas ini, kita akan menjelajah ke Johor, Pulau Pinang, Perak, Sarawak dan Pahang.

 "Setiap murid ini akan menerima kelengkapan sekolah seperti beg, baju, seluar dan kasut," katanya kepada pemberita selepas Program Kembali Ke Sekolah 2018 di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Mandol di sini hari ini.

 Yang turut hadir, Presiden AIM, Zawahir Abdullah.

 Tambah Zafri, kesemua murid tersebut akan menerima kelengkapan sekolah yang berkualiti tinggi iaitu jenama Canggih dan kasut Pallas.

 Katanya, kebanyakkan jenama tersebut menjadi pilihan golongan berada untuk diberikan kepada anak-anak mereka.

 "Jadi hari ini, kita mahu penerima turut merasai nikmat memakai pakaian berjenama ke sekolah. Ini secara tidak langsung dapat memberikan motivasi kepada mereka untuk berjaya dalam pelajaran," ujarnya. -UTUSAN ONLINE