Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Diugut rogol gara-gara berebut tapak niaga

PETALING JAYA 15 Feb. - Kekecohan antara peniaga air tercetus di Persiaran Ara, Bandar Sri Damansara semalam akibat perebutan tapak ekoran kehadiran penjaja air baharu yang turut membuka perniagaan di lokasi sama.

Tindakan biadab peniaga lelaki mengeluarkan kata-kata kesat dan ugutan kepada penjaja wanita yang juga menjual minuman di bahu jalan itu dirakam mangsa melalui telefon pintar sebelum tular di media sosial hari ini.

Rakaman video durasi kira-kira 1 minit itu menyaksikan juga lelaki tersebut mengugut untuk merogol mangsa sebelum beredar. Kelihatan juga seorang lagi peniaga wanita dari gerai penjaja yang sama turut melahirkan rasa ketidakpuasan hatinya khuatir perniagaan mereka terjejas.

Reaksi netizen melalui ruang komen akaun Facebook Sosej Sambal menyalahkan kedua-dua pihak berkenaan yang berniaga secara haram di lokasi yang boleh menghalang lalu lintas dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Sementara itu, usaha mendapatkan reaksi MBPJ berhubung isu penjaja di bahu jalan di Persiaran Ara itu masih belum berhasil. - UTUSAN ONLINE

 

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain