Video oleh LOKMAN HAKIEM ABD. SAMAD

Ibunya, Umi Umeera Mazlan, 30, yang merupakan seorang suri rumah berkata, Aqif yang masih dalam rawatan itu mula menggunakan kaedah tersebut sejak 10 bulan yang lalu sebagai salah satu cara berikhtiar selain mendapatkan rawatan moden daripada hospital tempatan.

Katanya, jika mahu dibandingkan dari segi kos perubatan, nilai kedua-duanya tidak jauh beza dan masing-masing ada kalanya boleh mencecah sehingga RM10,000.

"Memang diakui nilai itu adalah sesuatu yang sangat besar namun apabila menatap kembali wajah Aqif, ibu bapa mana yang tidak mahu anaknya sembuh dari sebarang penyakit.

"Lagi pun, Aqif antara anak yang kuat dan mampu bertahan sehingga hari ini dalam melawan penyakit Epidermolisis Bulosa (EB) berbanding dua lagi anaknya yang meninggal dunia kerana penyakit yang sama," katanya ketika ditemui Utusan Online di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Wahyu 2, dekat sini.

Dalam perkembangan sama, ayahnya, Kaoirul Anuar Mustaffa, 36, memberitahu, dia dan isteri akan berangkat ke Mekah, Isnin ini, untuk menunaikan umrah dan pada mulanya, mereka berhajat mahu membawa Aqif bersama.

"Namun demikian setelah dinasihatkan doktor pakar, kami terpaksa akur kerana khuatir tubuh Aqif yang mulai sihat ini kembali terdedah kepada persekitaran luar yang mungkin membahayakan kesihatannya semula.

"Sebagai ibu bapa, kami sentiasa berdoa kepada Allah serta memohon sokongan orang ramai agar Aqif mampu menjalani kehidupan sama seperti kanak-kanak lain kerana Aqif adalah seseorang yang sangat aktif dan bijak orangnya,” katanya.

Justeru, kepada orang ramai yang ingin terus membantu Aqif, ibunya boleh dihubungi melalui di talian 017-6494405 dan kepada yang mahu memberikan sumbangan wang, ia boleh disalurkan ke akaun bank 562405616166 (Maybank) atas nama Umi Umeera Mazlan. - UTUSAN ONLINE