Dalam ceramah bertajuk ‘Kerja Itu Ibadah’ selama sejam itu, beliau banyak memberi tip untuk menjadi pekerja yang amanah dan ketua keluarga terbaik tanpa mencampur-adukkan urusan kerja dan rumah tangga.

Katanya, seorang pekerja cemerlang tidak akan menjadikan masalah peribadi di rumah menjejaskan kerjanya dan begitu juga sebaliknya.

“Kalau boss bagi tugasan, buatlah dengan rela dan jangan anggap sebagai satu beban kerana setiap perkara itu akan ada kebaikannya nanti,” katanya sambil disulami jenaka yang membuatkan hadirin tidak kering gusi mendengarnya.

Syamsul hadir memberi cera­mah sempena Majlis Syoknya Kenduri Utusan anjuran Badan Keluarga Utusan Melayu (BKUM) di sini hari ini.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Noordin Abbas; Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad; Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Hassan Mohd. Noor dan Yang Dipertua BKUM, Saifol Bakhtiar Hamik.

Sementara itu, Mohd. Noordin berkata, beliau gembira dengan penganjuran majlis yang dilihat mampu mengeratkan hubungan sesama pekerja.

“Saya dimaklumkan BKUM mengambil inisiatif ini untuk me­lakukan perubahan bagi meng­eratkan silaturahim antara kakitangan Utusan dalam memberikan komitmen terbaik bagi mencapai aspirasi syarikat.

“Sifat terbuka menjadi penyebab utama kepada kekuatan kita dan merapatkan lagi saf syarikat malah menjadi titik penyatuan demi kejayaan secara holistik,” katanya.

ketika ditemui di sini hari ini.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad; Penolong Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Hassan Mohd. Noor dan Yang Dipertua BKUM, Saifol Bakhtiar Hamik.

Dalam program tersebut, logo baharu BKUM turut diperkenalkan sebagai lambang sentuhan baharu selepas 39 tahun Kumpulan Utusan menghadapi pelbagai liku perjuangan selaku akhbar Melayu di negara ini.

Sementara itu, Saifol Bakhtiar berkata, beliau menganggap peng­anjuran program yang diadakan buat julung kali mencapai objektif dalam menghimpunkan seluruh warga Utusan secara kekeluargaan.

“Program sebegini diharap dapat mencetuskan inspirasi kepada seluruh kakitangan untuk bekerja dengan lebih efisien di samping dapat memperkukuhkan jenama Utusan ke peringkat yang lebih luas,” katanya.