Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Integriti, Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff berkata, buku itu diterbitkan dalam memberi kefahaman kepada rakyat di negara ini bagi menghargai kepelbagaian dalam negara tetapi pada masa yang sama menghormati persamaan pada nilai-nilai murni yang dipelopori oleh semua agama.

“Setiap agama menganjurkan kepada kebaikan dan belum lagi kita terjumpa dalammana-mana kitab suci agama yang meminta penganutnya melakukan sesuatu kejahatan.

“Kita berpandangan institusi agama mempunyai peranan penting ke arah memupuk dan memperkasakan nilai-nlai murni antara para penganut agama masing-masing dalam melahirkan masyrakat yang berintegriti tinddi dan menghormati kepentingan berintegrasi antara pelbagai etnik dalam negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada seminar Melestarikan Integriti TN50 Berasaskan Nilai Pelbagai Perayaan Agama di Malaysia di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Yayasan 1Malaysia, Dr. Chandra Muzadar; Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri danPegawai Operasi TN50, Kementeria Belai dan Sukan, Kamarul Norzam.

Dalam ucapannya, Dr. Anis Yusal menekankan pembudayaan integriti perlu dilihat sebagai usaha membangunkan pemimpin beretika bermula dari zaman kanak-kanak dan remaja.

Beliau menegaskan, ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam menerapkan budaya integriti kepada anak-anak.

“Ibu bapa perlu menerapkan nilai integriti termasuk, kebertanggungjawaban, hormat, keadilan, kebolehpercayaan dan kejujuran.

“Mereka juga boleh mengamalkan budaya terbuka, seperti mengajak berbincang mengenai topi-topik semasa dan sejarah yang memboleh anak-anak memahami sitilah ini,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE