Pengurus Kanan Malaysian Relief Agency (MRA), Fauziah Tahar berkata, sekolah itu terletak di bahagian Kem Moyna Mistry Ghonna dinamakan sebagai Dhonnobad School (Sekolah Terima Kasih) dan mempunyai seramai 200 pelajar dan lima tenaga pengajar yang memerlukan bantuan untuk kemudahan pembelajaran yang lebih selesa.

“Kami memerlukan belanja sekurang-kurangnya RM200,000 setahun untuk membiayai perbelanjaan persekolahan seperti utiliti dan gaji guru di sekolah tersebut.

“Sambutan di sekolah itu sangat memberangsangkan dan mereka sentiasa meminta supaya jumlah itu ditambah dan diperluaskan lagi. Oleh itu, sumbangan pihak lain sangat dialu-alukan,” katanya selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Kumpulan Yayasan Utusan kepada pelajar cemerlang etnik Rohingya di Sekolah Komuniti Rohingya, di sini hari ini.

Rakyat Malaysia yang ingin menyalurkan sumbangan boleh menyumbang kepada Tabung Bantuan Kemanusiaan Ro­hingya MRA melalui akaun Maybank 5640 9820 6365 atas nama Malaysian Relief Agency atau hubungi mereka di talian telefon 03-91744672.