Video oleh TOREK SULONG

Antara artis terbabit ialah pelakon Datuk Jalaludin Hassan dan Mat Over serta penyanyi seperti Zalifah Ibrahim, Ibnor Riza, A. Razak, Maria Bachok, S.A. Ayesha, Jazmeen, Razis Ismail, Zulgan dan S. Azli.

Program anjuran Jabatan Penerangan negeri itu bermula seawal pukul 7 pagi dimeriahkan dengan aktiviti senam robik melibatkan Gabungan Insan Seni (GIS) bersama penduduk setempat.

Sementara itu, Jalaludin ketika ditemui berkata, memberi peluang kepada artis-artis veteran yang pernah popular suatu ketika dulu menemui peminat setia masing-masing.

"Kita dendangkan koleksi lagu-lagu lama dan siapa sangka, masih mendapat tepukan gemuruh penonton yang hadir terutama golongan orang lama," katanya.

Program itu turut memberi peluang pengunjung berduet dengan artis kesayangan mereka menerusi slot Bicara Nostalgia di dewan terbuka pada pukul 9 malam ini. - UTUSAN ONLINE