Program anjuran Rimbunan Ilmu Sdn. Bhd. itu dirasmikan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha. 


Kesemua pasangan pengantin berusia antara 16 hingga 78 tahun itu telah dinikahkan tiga bulan lalu di Masjid Kampung Kuala Pangsun.

Pengarah Rimbunan Ilmu Sdn. Bhd., Datuk Hamdan Othman berkata, majlis persandingan ini adalah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat kepada masyarakat tersebut.

“Selain membantu, program seperti ini dapat mendekatkan kami dengan masyarakat,” katanya.

Selain (Jakim), program hari ini turut mendapat kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli Daerah Hulu Langat, dan Jalinan Masyarakat Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM) yang menghantar 85 orang sukarelawan. - UTUSAN ONLINE