Uyub Abdullah, 89, yang tidak boleh bercakap selepas diserang penyakit itu pada 1 Julai 2015 tidak mampu menahan air mata kerana impiannya untuk bertemu dengan Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan menjadi kenyataan.

Perdana Menteri tiba di rumah berkenaan kira-kira pukul 9.40 pagi dan meluangkan masa hampir 15 minit beramah mesra dengan Uyub serta ahli keluarganya.

Warga emas itu merupakan veteren UMNO dan bekas tentera British dari tahun 1951 hingga 1955.

Anaknya, Zalzelah, 40, berkata, sebelum menderita sakit angin ahmar, bapanya merupakan seorang yang aktif serta kuat bekerja dan langsung tidak menunjukkan sebarang tanda untuk diserang pe­nyakit itu.

Zalzelah berkata, ayah­nya begitu gembira dan teruja untuk bertemu Najib setelah dimaklumkan Perdana Menteri hendak melawatnya hari ini.

Yang turut hadiri Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pulau Manis, Datuk Khai­ruddin Mahmud.