AISHAH HAMAD

Malah, Aishah Hamad yang mesra dipanggil ‘Opah’ dilihat cukup teruja apabila berjaya menyertai Kursus Teknik Melabel Produk jangka pendek yang ditawarkan Kolej Komuniti Lenggong di sini.

Tambah Aishah, tindakan tersebut semata-mata mahu memajukan perniagaan ikan loma perkasam yang telah diusahakannya sejak lima tahun lalu.

“Opah begitu teruja dan bersemangat mengikuti kursus ini dan ia merupakan pengalaman pertama Opah menggunakan komputer bagi membuat label untuk produk Ikan Pekasam Aishah ini.

“Opah bersyukur dapat menyertai kursus ini dan ia mampu membawa produk ikan pekasam Opah pergi lebih jauh selepas ini,” katanya.

Aishah berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian Kolej Komuniti Lenggong yang disempurnakan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh di pekarangan Majlis Daerah Lenggong di sini hari ini.

Menurut Aishah, kursus jangka pendek selama sete­ngah hari yang dihadirinya itu hanya mengenakan bayaran sebanyak RM5.

Dia memberitahu, ketika ini produk ikan loma pekasamnya itu hanya dijual sekitar daerah Hulu Perak dan diharapkan selepas tamat kursus tersebut hasil produknya itu akan dapat pasaran lebih jauh.

“Mulanya bermacam-ma­cam perasaan timbul, ada rasa malu, rasa pelik tapi bila dah menghadap guna komputer terasa seronok pula. Lagipun banyak yang dapat dipelajari di sini.

“Harapnya, bila sudah ada label nanti, dapat jual di luar pula,” katanya.