Koordinator Pembangunan Persekutuan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang, Datuk Sulaiman Mohd. Karli berkata, program itu dibuat bagi memastikan setiap murid bersedia sepenuhnya untuk ke sekolah.

"Program gunting rambut percuma ini bukan bukan satu-satunya program yang kita adakan tetapi ia adalah satu daripada acara 'Back to School' yang telah kami susun dan lakukan sebelum ini.

"Kita juga turut mengadakan majlis berkhatan dan sumbangan kelengkapan persekolahan," katanya kepada pemberita selepas Program Gunting Rambut Percuma anjuran sayap UMNO Bahagian Kuala Langat di sini hari ini.

Yang hadir sama Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat, Jefrizal Mohd. Jaafar, Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian, Mohamad Haidir Bohari dan Penolong Setiausaha Puteri Bahagian, Suhana Samingen.

Sementara itu Jefrizal berkata, pihaknya sedar setiap sen dikeluarkan ibu bapa untuk persiapan persekolahan anak-anak, memberi kesan kepada kewangan isi rumah terutamanya bagi mereka berpendapatan rendah.

"Justeru hari ini kami tanggung semua kos menggunting rambut, selain turut menghadiahkan set alat tulis kepada murid-murid yang terlibat," katanya.-UTUSAN ONLINE