Ketuanya, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, beliau juga akan menjadi bapa angkat kepada PBPM untuk bersama-sama membantu persatuan berkenaan.

“Kita akan membantu persatuan ini bukan hanya sekadar bantuan kewangan tetapi kita juga bersedia untuk menjadi penasihat dan rujukan.

“Sekadar memberi duit sahaja itu tidak memadai. Kita perlu berganding memberi bimbingan dan mengadakan perbincangan bersama bagi menyelesaikan masalah serta memperbetulkan apa yang perlu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Kali ke-4 Sesi 2018 Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Cawangan Kota Bharu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi PBPM negeri, Abu Hassan Idris, Ketua PBPM Cawangan Kota Bharu, Mohd. Fauzi Che Abdullah dan Ketua Wanita UMNO Kota Bharu Madihah Ab. Aziz.

Pada majlis itu, Mohamad Fatmi turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM5,000 untuk tabung persatuan berkenaan. -UTUSAN ONLINE