Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

UMK bantu 234 keluarga nelayan di Tok Bali

ANAK-ANAK nelayan menyertai Program Pemetaan Potensi Komuniti
ANAK-ANAK nelayan menyertai Program Pemetaan Potensi Komuniti Makmal Jaringan Sosial (SNL) anjuran UMK di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan, baru-baru ini.

PASIR PUTEH 25 April – Program Pemetaan Potensi Komuniti Makmal Jaringan Sosial (SNL) anjuran Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bakal membantu 234 keluarga nelayan di Tok Bali, dekat sini keluar daripada kepompong kemiskinan.

Program anjuran bersama Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (Inspek) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) itu bermula awal bulan ini dengan memberi tumpuan kepada elemen perkhid­matan mendidik dan melahirkan usahawan.

Pengarah Inspek, Prof. Madya Dr. Wan Ahmad Amir Zal Wan Ismail berkata, program itu me­rupakan tanggungjawab sosial korporat pihak UMK dalam membantu masyarakat setempat.

“Taman Perumahan Nelayan Tok Bali dipilih sebagai lokasi kerana masih ramai keluarga nelayan di kawasan ini berpendapatan rendah.

“Melalui program ini, pihak kami membantu kelompok miskin dengan kaedah tersendiri iaitu mengenal pasti kebolehan komuniti seperti pembangunan keusahawanan,” katanya dalam program itu di Dewan Serbaguna Taman Perumahan Nelayan Tok Bali, baru-baru ini.

Program berkenaan disempurnakan oleh Penolong Naib Canselor (Pembangunan Korporat dan Pengurusan Kualiti) UMK, Prof. Rosdi Abd. Rahman.

Yang turut hadir Penolong Pengarah LKIM negeri, Mohd. Azuwan Zahari.

Wan Ahmad Amir Zal berkata, pendekatan SNL ialah menguruskan kemiskinan secara berfokus, melaksanakan pemetaan potensi dan menghubungkan potensi dengan kepakaran warga UMK sebelum melaksanakan aktiviti pemindahan ilmu kepada peserta.

Beliau berkata, sebelum ini program sama dilaksanakan di beberapa lokasi lain telah berjaya meningkatkan pendapatan bulanan peserta sehingga ada mencecah RM5,000 sebulan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain