Pusat tersebut yang diwakili Penolong Pegawai Bahagian Unit Hal Ehwal Islam Pejabat Rektor UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang, Mohd. Miqdad Aswad Ahmad menyampaikan sumbangan berjumlah RM2,000 kepada gadis itu hari ini.

Menurut Mohd. Miqdad Aswad, sumbangan yang disampaikan adalah melalui tabung sedekah perubatan bertujuan untuk meringankan beban mana-mana penuntut UiTM yang memerlukan bantuan.

"Kami menerima maklumat mengenai penderitaan Nur Atiqah daripada Pusat Zakat Sedekah dan Wakaf UiTM Shah Alam dan meminta pihak kami datang melawatnya.

“Saya difahamkan Nur Atiqah juga mempunyai tunggakan bil ketika mendapat rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian. InsyaAllah saya akan cuba berbincang dengan pihak UiTM Shah Alam untuk menyelesaikan perkara ini," katanya.

Beliau ditemui ketika melawat Nur Atiqah di kediamannya di Kampung Parit, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pentadbir Mukim Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Tumboh, Wan Azizi Wan Ab. Ghani.

Utusan Malaysia 22 Februari lalu melaporkan Nur Atiqah yang pernah menuntut dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Awam, hanya sempat mengikuti kuliah dua semester sebelum berhenti kerana disahkan menghidap syringomyelia atau penyakit saraf pada November 2015. - UTUSAN ONLINE