Majlis itu dihadiri lebih 600 warga Unimas dan penduduk sekitar Bahagian Samarahan.

Turut diadakan ialah penyerahan sumbangan kepada 100 pelajar dari lima buah pusat Maahad Tahfiz sekitar Bahagian Samarahan.

Sumbangan juga diserahkan kepada 25 buah keluarga asnaf dari lima buah kampung iaitu Kampung Muara Tuang, Kampung Sindang, Kampung Melayu, Kampung Tanjung Tuang dan Kampung Niup.

Yang turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah Unimas,Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie dan Naib Canselor Unimas, Profesor Datuk Dr Mohammad Kadim Suaidi.

Objektif majlis itu diadakan adalah untuk melahirkan semangat kekeluargaan dan kekitaan dalam kalangan warga Unimas serta masyarakat sekitar.-UTUSAN ONLINE