Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tubuh gadis melecur hidap penyakit misteri

MOHAMED AWANG menunjukkan keadaan anaknya, Nurul Aini Farahanur
MOHAMED AWANG menunjukkan keadaan anaknya, Nurul Aini Farahanur yang melecur diserang penyakit misteri di Kampung Batu Papan, Gua Musang, Kelantan, semalam. Utusan/Aimuni Tuan Lah

GUA MUSANG 2 Mei – Luluh hati seorang bapa apabila melihat anak gadisnya yang sebelum ini sihat tetapi tiba-tiba menanggung kesakitan akibat diserang penyakit misteri menyebabkan seluruh badannya melecur.

Mohamed Awang, 68, berkata, derita Nurul Aini Farahanur, 19, atau panggilan manjanya, Anum bermula sejak Januari lalu apabila muncul ketulan sebesar manik di dalam mulutnya yang kemudiannya merebak ke seluruh mulut, leher dan badan.

Katanya, penyakit misteri itu menyerang ketika anak bongsu daripada tujuh beradik itu be­kerja di sebuah butik pakaian di Kuala Lumpur.

“Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Anum men­y­u­arakan hasrat ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki. Namun, dia hanya sempat bekerja selama sebulan sebelum diserang penyakit misteri itu.

“Semakin hari tahap kesihatan­nya mula merosot kerana seluruh badannya seperti melecur ter­kena ekzos motosikal panas sehingga kulitnya berair, tertanggal dan menampakkan isi kulit merah.

“Saya sedih melihat keada­an Anum hanya mampu baring dan sering menangis kesakitan,” katanya ketika ditemui di Kampung Ba­tu Papan, di sini hari ini.

Mohamed berkata, dia sudah membawa anaknya berjumpa doktor tetapi sehingga kini, penyakitnya tidak dapat dikenal pasti menyebabkan dia berubat secara tradisional dan rawatan Islam.

Mohamed yang kematian isteri sejak tiga tahun lalu bernasib baik apabila mendapat bantuan adik iparnya, Siti Mari­am Mamat, 43, dan anaknya yang lain untuk menguruskan Anum.

“Setiap hari adik ipar akan membantu membersihkan tubuh dan memberi makan kepada Anum.

“Kini keadaan dilihat semakin baik apabila kulitnya semakin kering, berbanding bulan kedua dia diserang sakit itu apabila kulitnya berlendir dan berbau,” katanya.

Sementara itu, Anum memberitahu, sejak diserang penya­kit itu, mulutnya berasa amat sakit sehingga hilang selera makan.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Mohamed di talian, 013-7682210 atau menerusi akaun Agrobank miliknya, 2001-7310-0012-2473.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain