Semua anak-anak yatim dan miskin itu di bawa ke Mydin Mall USJ bagi membolehkan mereka membuat persediaan awal bagi sesi persekolahan 2018 dan setiap murid terbabit diperuntukkan RM250 seorang.

Pengarah Urusan TRIPLC Berhad, Datuk Yusof Badawi berkata, sumbangan itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat bagi membantu meringinkan beban penjaga mereka.

“Setiap daripada anak yatim dan miskin ini diperuntukkan dua pasang pakaian sekolah, lengkap dengan kasut, beg dan tudung selain daripada botol air, bekas makanan serta alat tulis,” katanya. - UTUSAN ONLINE