Pengurus Projek Inisiatif Aria, Tengku Sofiyya Ahmad, 17, berkata, kempen di bawah kelolaan CSR Malaysia ini diadakan bertujuan me­ningkatkan keseda­ran tentang amalan mulia derma darah dalam kalangan be­­lia dan syarikat korporat sekali gus membantu Pusat Darah Negara (PDN) meningkatkan stok tabung darah.

“Bayangkan tiga sudu kecil darah boleh menyelamatkan satu nyawa bayi dan satu peket darah mampu menyelamatkan tiga nyawa,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran Kempen Darah Untuk Barah di sini hari ini.