Jurucakap Briged Ketiga Infantri Malaysia berkata, Pejabat Residen Samarahan memberi tanggungjawab kepada tentera untuk menempatkan tangki air 500 gelen di empat kampung iaitu Kampung Senangeh, Kampung Sungai Buloh, Kampung Rangawan dan Kampung Sungai Putin.

"Pengulangan bekalan dilakukan bagi menjamin keperluan air penduduk dalam keadaan mencukupi," katanya dalam satu kenyataan akhbar, hari ini.

Menjelas lanjut, katanya, pihak tentera turut bekerjasama dengan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) untuk mendapatkan bekalan air bersih di Loji Air Asajaya dan Tambirat.

"Bantuan yang diberikan kepada penduduk kampung di Asajaya ini sedikit sebanyak membantu mereka dalam menyambut Hari Gawai dengan lebih bermakna," ujarnya. - UTUSAN ONLINE