Pada majlis berkenaan, seramai 60 golongan asnaf menerima bantuan hari raya berupa wang tunai RM100 dan barangan keperluan harian.

Sebanyak 500 bungkusan makanan turut diagihkan kepada penduduk setempat yang hadir.

Majlis itu turut dihadiri isteri baginda, Puan Sri Tengku Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Dalam masa sama, Tengku Temenggong dan isteri turut mengerjakan solat tarawih di masjid itu bersama penduduk setempat. - UTUSAN ONLINE