Pengurus SWM Wilayah Melaka dan Negeri Sembilan, Dr. Al'Ashari Othman berkata, pada program SWM Kasih Santun Ramadan itu, syarikat tersebut membelikan pakaian dan keperluan hari raya untuk kanak-kanak tersebut.

Ujarnya, dengan cara itu, anak-anak yatim, asnaf dan saudara baharu itu dapat merasai kegembiraan bagi menyambut Syawal tidak lama lagi.

"Selain memberi keceriaan, kanak-kanak yang terlibat dapat merasai sendiri pengalaman membeli-belah kelengkapan hari raya seperti orang lain," katanya.

Al'Ashari berkata, selepas membeli-belah mereka dibawa berbuka puasa di d'Tempat Country Club, Sendayan, di sini.

Ujarnya, penganjuran aktiviti itu dapat memberi harapan kepada mereka untuk menjalani kehidupan dengan lebih gembira menjelang hari raya. - UTUSAN ONLINE