Pegawai Perhubungan Awam, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sarawak, Hafizul Samah berkata, sebelum kejadian, suri rumah terbabit terdengar bunyi kucing bising di luar rumah lalu keluar memeriksa apa yang berlaku.

Menurutnya, semasa meninjau sekitar halaman rumahnya, dia tiba-tiba terpandang seekor ular sawa sedang menyusur di celah-celah pokok bunga yang ditanam.

“Dia mendapati kucingnya yang bising sebelum itu sudah tiada dan percaya haiwan peliharaannya sudah ditelan oleh ular terbabit memandangkan keadaan perutnya yang kembung.

“Suri rumah berkenaan kemudian menghubungi APM untuk mendapatkan bantuan menangkap ular tersebut kerana bimbang kucing peliharaan lain turut hilang ditelan haiwan berbisa itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, ular sawa sepanjang satu meter dan seberat 30 kilogram (kg) itu berjaya ditangkap menggunakan penjerut kira-kira pukul 3.15 petang. - UTUSAN ONLINE