Menerusi program dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat DUN Sungai Lembing itu, Faridah Hai­dir, 61, yang menghidap beberapa kompilasi penyakit menerima sumbangan kerusi roda dan susu khas bagi meringankan beban ditanggungnya.

Warga emas itu memberitahu, dia disahkan menghidap pelbagai penyakit termasuk kencing manis, saraf dan darah tinggi sejak enam tahun lalu.

Katanya, kesan daripada penyakit tersebut menyebabkannya tidak mampu berjalan dan perlu dipimpin jika mahu bergerak.

“Kadangkala rasa sakit seolah-olah tidak tertanggung kerana seluruh badan saya susah untuk bergerak.

“Keadaan badan saya yang agak besar ini menjadikan keadaan lebih teruk. Kasihan juga melihat orang-orang di sekeliling saya yang ber­usaha untuk membantu saya berge­rak,” katanya ketika ditemui pada program berkenaan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lembing, Datuk Md, Sohaimi Mohamed Shah berharap sumba­ngan kerusi roda tersebut membantu memudahkan pergerakan Faridah.

“Kerusi roda ini juga boleh menjadi terapi kepadanya untuk bergerak dengan mudah sama ada di dalam atau di luar rumah,” katanya.