Turut berangkat Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Almarhum Sultan Idris Shah.

Turut hadir, Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu serta isteri, Dr. Nomee Asyikin Mohamed Radzi dan Pengurus Besar TNB Perak, Datuk Raja Abd. Jalil Raja Zaid.

Majlis turut dihadiri pemimpin negeri, pelanggan utama TNB, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan warga kerja TNB.

Pada majlis tersebut, Sultan Nazrin dan Tuanku Zara turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak yatim, kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) dan balu. - UTUSAN ONLINE