Ketibaan baginda yang juga Canselor universiti tersebut kira-kira pukul 6.45 petang diiring Raja Muda, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin.

Hadir sama dua Pro Canselor, Tun Dr. Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tan Sri Osman Aroff serta Naib Canselor, Prof. Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak.

Hampir 3,000 warga UUM terdiri daripada para pensyarah, kakitangan serta mahasiswa menghadiri majlis tersebut.

Pada majlis sama, baginda turut berkenan merasmikan Rumah Kebajikan Anak Yatim UUM yang dihuni tujuh orang anak yatim berusia 13 tahun sejak 1 Ramadan lalu. - UTUSAN ONLINE