Menurut Presiden Jawatankuasa Perwakilan Pelajar UniKL BMI, Nurul Hazirah Indra berkata, pihaknya telah bekerjasama dengan 17 kelab aktiviti bagi menja­yakan program tersebut.

“Objektif utama adalah untuk membantu golongan asnaf sempena bulan Ramadan dengan pemberian barang-barang keper­luan asas dapur seperti beras, minyak masak, gula, garam, kicap, susu serta tepung gandum.

“Program seperti ini merupakan platform kepada mahasiswa untuk men­yumbang bakti kepada mas­ya­rakat,” katanya dalam ke­nyataan akhbar.

Sementara itu Timbalan Pre­si­dennya, Mohd. Nizam Nasir ber­kata, pihaknya gembira de­ngan­ sambutan yang menggalakkan da­­ripa­da kelab aktiviti di UniKL BMI yang begitu bersemangat me­nye­lami kehidupan golongan asnaf.

Katanya, program tersebut bu­kan sahaja menjadi platform un­tuk membantu insan yang memerlukan, namun turut memberi peluang kepada pelajar UniKL BMI merapatkan ukhuwah antara satu sama lain.

Turut hadir Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar dan Gaya Hidup Kampusnya, Azrul Hisyam Abdul Rahman.