Dengan simpanan permulaan sebanyak RM10 pada tahun 2005 diikuti tambahan sebanyak RM13,000 tahun lalu, Siti Fatimah Mohd Nor, 42, bersyukur dan berterimakasih dengan pendekatan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang menghargai penyimpan di samping menggalakkan orang ramai  membudayakan amalan itu.

Penyampaian  hadiah disempurnakan oleh  Pengarah negeri BSN, Khasnieddy Khasimi  yang turut diiringi oleh  Ketua Operasi negeri, Mohd Zaidi A. Malek di pekarangan BSN cawangan Kuala Besut dekat sini hari ini.

Ibu kepada empat orang anak itu tidak berhasrat untuk menjual kereta yang dimenangi itu walaupun  keluarganya sudah memiliki tiga buah kereta termasuk sebuah yang baharu dibeli.

“Saya akan menggunakannya sendiri  sebagai menghargai hadiah yang dimenangi,“ katanya  ketika ditemui selepas penyampian hadiah yang turut diiringi  oleh suami, Mohamad Nazir Abu Bakar, 42. - UTUSAN ONLINE