Bertempat di Concourse Bangunan Tan Sri Dominic Vendargon sekolah ini, acara berkenaan yang memasuki edisi keempat tahun ini memperlihatkan sedikit kelainan berbanding dengan edisi tahun sebelumnya.

Menurut Presiden SJAA, Isham Ishak, antara kelainan yang dimaksudkan itu termasuklah pelancaran buku Cadet Corp SJI sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-100, penyerahan sijil penghargaan kepada ahli alumni, penyerahan penajaan sukan SJI, selain penekanan kepada elemen Johannian Prihatin (SJAACares) dalam aktivitinya.

Pada masa yang sama juga, jelas Isham, penyertaan dari kalangan alumni SJI untuk edisi kali ini amat signifikan apabila bekas-bekas pelajar seawal tahun 1965 hinggalah 2011 sudah mengesahkan kehadiran mereka.

“Pada mulanya, kami hanya menyasarkan seramai 100 orang bekas pelajar untuk hadir namun hingga kini, sudah lebih daripada 150 orang bekas pelajar telah mendaftarkan diri dan angka ini dijangka meningkat dalam tempoh terdekat, “ ujarnya.

Dalam pada itu, Isham turut melahirkan harapan agar alumni SJI akan terus memberikan sokongan kepada SJAA dalam merencanakan pelan jangka panjangnya yang menfokus kepada kelestarian SJI dan Alumni. Sokongan dan penglibatan mereka, tegas Isham amat kritikal dalam memastikan segala agenda yang direncanakan dicapai dengan jayanya.

“Tanpa mengira siapa dan latar belakang, setiap seorang Johannian boleh memainkan peranan masing-masing. Inilah yang kita ingin terapkan, “ katanya.

Johannian BBQ Homecoming Party akan bermula dari pukul 11 pagi sehingga 2 petang.

Untuk keterangan lanjut, boleh melayari laman Facebook SJAA ataupun menghubungi Azman Halim (SJI 82) di talian 019323 7620, Ahmad Fitri (SJI 96) 017373 6570 atau Abdul Hafiz (SJI 2001) 012622 5453. - UTUSAN ONLINE