Setiap seorang anak yatim ini boleh memilih sendiri pakaian baharu sehingga RM150 seorang di GSM Department Stores di Wisma Satok, sebentar tadi.

Bagi adik, Iskamarunizam Abdullah, 16, berkata, dia bersama dua adiknya, Misyah Mirul Akmal Mohamad Muzali, 10, dan Muhamad Retaudin Mohamad Muzali, 7, pertama kali mendapat sumbangan pakaian raya berkenaan.

"Bapa saya meninggal dunia April lalu dan sekarang kami tiga beradik tinggal di Peryatim Kuching manakala adik berusia setahun lebih menetap dengan ibu di Kampung Bako.

"Alhamdulillah, terima kasih kepada mereka yang menyumbang kepada kami," katanya ketika ditemui Utusan Online pada Program Sumbangan Aidilfitri Bersama Peryatim Sarawak, sebentar tadi.

Yang turut hadir, Isteri Ketua Menteri merangkap Penaung Peryatim, Datin Patinggi Juma'ani Tun Tuanku Bujang bersama Pengarah Urusan Townbuilder Reality Sdn. Bhd., Ashdee Khairuddin dan Pengarah Eksekutif GSM Department Stores, Tay Siaw Hong.

Sumbangan itu daripada Townbuilder Reality Sdn. Bhd.; GSM Department Stores; Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-isteri (Sabati) dan Persatuan Kebajikan Petra Jaya.

Sementara itu, Nurul Fatihah Baki, 16, memberitahu, sumbangan baju raya itu merupakan kali pertama diterima untuk tahun ini.

"Teringat masa ayah dan ibu masih hidup membeli pakaian baharu untuk kami empat beradik sebelum ini.

"Ibu saya meninggal ketika darjah enam manakala bapa dua tahun lalu," ujarnya.

Bagi adik Nuraisyah Abdullah,16, berkata, mengucapkan syukur dan terima kasih atas sumbangan pakaian raya itu.

Katanya yang telah menetap di Peryatim selama tujuh tahun, menjelang raya antara masa ditunggu-tunggu mereka untuk mendapat pakaian baharu.