UP&D menerusi satu kenyata­an berkata, seminar itu bertujuan memberikan penerangan, pengetahuan dan justifikasi berhubung peranan seorang setiausaha.

“Seminar bertemakan Setiausaha 3K: Kesihatan, Keterampilan dan Keselamatan itu memfokuskan kepada pe­ranan untuk memiliki peribadi dan personaliti hebat bagi meningkatkan produktiviti kerja dalam sesebuah organisasi.

“Seminar ini turut menekankan penjagaan kesihatan menyeluruh perlu dilaksanakan setiap individu agar dapat meneruskan amanah dan tanggungjawab masing-masing serta dapat menguruskan tekanan di tempat kerja dengan penuh sistematik,” kata kenyataan itu.

Menurut UP&D, seminar satu hari itu akan diadakan di hotel terkemuka di ibu negara yang berdekatan dengan kompleks membeli-belah dan pengangkutan awam.

Untuk sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut, hubungi Rozaini Abd. Razak atau Raja Nurul Hidayah Raja Yusuf di talian 03-92856577 atau faks 03-92874645.